HATI DAN PERASAAN
Friday, July 22, 2011 ? 0 Atashinchi ?
HATI DAN PERASAAN 

Mungkin  Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui  insan yang betul                                     supaya apabila kita akhirnya menemui  insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan  nikmat pemberian dan                                     hikmah di sebalik pemberian  tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan  terbuka tapi lazimnya                                     kita akan memandang pintu yang telah  tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang  telahpun dibukakan untuk                                     kita. 
Kawan  yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian  dan berbuai bersama                                     tanpa berkata apa-apa pun dan  kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang  paling hebat yang pernah                                     dialami.Memang benar yang kita tidak  akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan  juga benar bahawa                                     kita tidak tahu apa yang kita  rindukan sehinggalah 'ia' datang. 

Memberi  seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan  menyintai anda kembali!                                     Jangan harapkan cinta sebagai  balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi  sekiranya ia tidak, pastikanlah                                     ia terus mekar di dalam hati anda.  Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam  untuk menyukai                                     seseorang, satu hari untuk menyintai  seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan  seseorang. 
Jangan  pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar  kemewahan kerana ianya                                     akan susut. Carilah seseorang yang  membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman  untuk mencerahkan                                     hari yang suram. Carilah yang  membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan  apabila anda teramatkan                                     rindukan seseorang sehingga anda  ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan  sebenar.Mimpilah apa yang ingin                                     anda mimpikan, pergilah ke mana-mana  yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda  hanya memiliki satu                                     kehidupan dan satu peluang untuk  melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. 
Semoga  anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,  percubaan yang cukup                                     untuk membuatkan anda kuat,  kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan  harapan yang cukup untuk membuatkan                                     anda bahagia. Selalu bayangkan diri  anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,  fikirlah ia mungkin                                     menyakitkan orang lain juga. 
Kebahagiaan  seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.  Mereka hanya membuat                                     yang terbaik dalam hampir apa saja  yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak  kepada mereka yang menangis,                                     mereka yang terluka, mereka yang  telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh  menghargai kepentingan                                     manusia yang telah menyentuh hidup  mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir  dengan tangisan.                                     
Masa  depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah  dilupakan. Anda tidak boleh                                     meneruskan kehidupan dengan sempurna  sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. 
Semasa  anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.  Teruskanlah                                     hidup anda supaya apabila anda mati  nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang  akan menangis.                                     
Wallahu A'lam.


 Put your cbox or fibox here. Maximum width 240px :)
Put your cbox or fibox here. Maximum width 240px :) Template :
Template : 

 
 
 HATI DAN PERASAAN
HATI DAN PERASAAN